Wednesday, April 14, 2010

Mencari Rahmat Tuhan Dengan Bahasa

Al-Quran memandu kita menjadi manusia yang bergaya

Tidakkah kita sedia tahu, Islam itu indah. Mengajar dan mengasuh kita dari segenap sudut. Segala-galanya untuk menjadikan kita dipandang mulia walau hanya sekecil-kecil soal bahasa.

Lihat sahaja kitab al-Quran yang terlalu istimewa kandungannya. Diturunkan dalam ejaan dan tajwid yang sempurna. Ditambah pula gaya bahasa yang tersusun rapi dengan bunga-bunga bahasa yang halus dan puitis.


Nabi Muhammad SAW pun, apabila berkata-kata, baginda menggunakan bahasa lisan yang jelas sebutannya. Malah, tersusun elok tatabahasanya dan indah gaya bahasanya. Subhanallah...

Menulis dan bercakap menggunaka 'bahasa tinggi' adalah sunnah al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan menulis menggunakan ejaan yang tidak sempurna, tatabahasa yang salah, apatah lagi dicemarkan dengan bahasa campur-aduk atau 'bahasa rendah' adalah perbuatan memperlekehkan Islam.

Maka, tidak terlalu melampau jika ia diistilahkan sebagai 'mencela' gaya bahasa al-Quran dan gaya bahasa Nabi Muhammad SAW. Adakah anda tergolong dalam kategori ini?


Fikir-fikirlah sebelum meremehkan bahasa...

Bahasa adalah ciptaan Tuhan. Memelihara bahasa adalah memelihara ciptaan Tuhan. Merosakkan bahasa adalah memunahkan ciptaan Tuhan.
Memunahkan ciptaan Tuhan adalah menghilangkan rahmat Tuhan. Maka Tuhan jualah yang lebih mengetahui~


Nota :
1. Saya bukan 'orang' Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya juga bukan sasterawan negara.

2. Saya akan menjadi sinis dan hambar dengan 'tangan-tangan atau mulut-mulut' yang suka meremehkan bahasa. Barangkali untuk SMS yang menghadkan space boleh dimaafkan lagi.

3. Bagaimana pula kebiasaan yang sering berlaku dalam penulisan blog? Tidakkah ini perbuatan yang disengajakan?


1 comment:

Ibnu Ali said...

روي عن علي ابن أبي طالب رضي الله عنه قال : خاطبوا الناس على قدر عقولهم أتحبون أن يكذب الله ورسوله

Diriwayatkan dari Saidina Ali bin Abi Tolib: Ditujukan kata-kata (berbicara) dengan manusia mengikut kemampuan akal mereka, adakah kamu suka berbohong kepada Allah dan RabulNya?

Assalamulaikum,

Inilah anjuran Islam kepada kita. Berbicara dengan seseorang itu mengikut kemampuan akalnya.

Sebagai seorang cikgu, semestinya Cikgu faham bagaimana kata-kata Saidina Ali ni kan.

:-)