Thursday, April 22, 2010

Saya Bukan Peserta Rancangan 'Realiti'

Gambar sekadar hiasan

Barangkali entry saya ini agak 'bervoltan tinggi' mencecah 33 KV dan tidak memenuhi citarasa sesetengah pihak. Anda sudah bersedia untuk membaca?

Tetapi, awas dan berhati-hati jika tidak mampu menebat. Ditakuti dapat
memudharatkan diri anda sendiri. Siapa tahu, ia boleh mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman anda terhadap dunia ilmu. Hehe...

Nasihat saya, lebih baik anda 'menjamah' siri pembacaan lain.
Adalah di luar kerangka pemikiran seseorang apabila membaca, melihat dan mendengar, mereka benar-benar 'soheh' dengan sangkaan masing-masing.

Begitu juga dengan penulisan di blog 'sendirian berhad' saya ini. Segala apa yang diperkatakan adalah luahan hati peribadi. Tidak dipengaruhi hasad dengki. Saya menulis bukan untuk memangkah sesiapa. Saya menulis bukan untuk mencantas sesiapa. Saya menulis kerana berpeluang mempedulikan soal benar, adil, bebas dan berperaturan.

Apa pun isunya, jika ia dikatakan secara kebetulan, tidak ada siapa boleh meyakinkan atau menidakkan. Terlalu subjektif. Saya ulang sekali lagi bahawa isu sejuk, isu suam mahupun isu panas di sini adalah terlalu subjektif. Subjektif!

Ya, subjektifnya kerana ia berbeza mengikut tafsiran penganalisanya. Bukan sahaja subjektif pada pemikiran dan perasaan saya. Anda juga!

Kalau anda fikir saya sengaja mahu mencari publisiti, saya sengaja mahu mencari sensasi, saya sengaja mahu menanam 'cili',
saya sengaja mahu meraih undi, hemat saya, anda silap sama sekali. Saya ini bukan selebriti. Saya bukan peserta rancangan 'realiti'. Saya bukan pak tani. Apatah lagi yang ternama seperti pak menteri.

Saya adalah insan biasa yang ada perasaan untuk dikongsi.
Saya cuma memanfaatkan ruang berkreativiti ini untuk menzahirkan suara 'realiti'. Saya mahu mencari redha Ilahi...

Ingatlah bahawa syaitan cukup bijak dalam menjalankan tugasnya memecah belahkan umat manusia. Kalau bukan kelicikan syaitan, pasti Rasulullah SAW tidak akan dikejar sehingga ke gua Thur. Kalau bukan kerana kelicikan syaitan, pasti tiada sejarah Qabil membunuh adiknya sendiri, Habil.

Marilah kita sama-sama menanam benih keikhlasan dalam semaian hati dan membajainya dengan perasaan kasih-sayang kepada manusia kerana Allah SWT. Moga-moga nanti segala ulat dan serangga perasaan hasad dengki akan menjauhkan diri daripada merosakkan benih tersebut.
Wallahu'alam bisshowab~

Nota:
1. Melangkah ke hadapan adalah jiwa pejuang tetapi kalau kita menyusun langkah dengan cara memangkah ia adalah jiwa petualang.

2.
Artikel di blog ini adalah hak cipta terpelihara. Sebarang ulang cetak perlu mendapat keizinan penulis.

6 comments:

yazidyahya said...

JUri Awam...
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalahmenguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.( Harieta Wahab)

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.(Samuel Johnson)

Renungkanlah Fizah...jangan ikut emosi....D*

agyt said...

salam kunjungan dr agyt...teruslah tabah dan istiqamah.bukan mudah untuk berubah,apatah lagi mengubah..sebelum melakukan perubahan, perlu persiapkan terlebih dahulu minda dan hati. Minda dan hati perlu dilatih berubah. Perubahan itu pula perlu dibuat dengan kefahaman dan kesedaran.Persoalannya, berapa ramaikah yang faham dan sedar??

Muhasabah hadir sebelum berubah..sejauh mana kita jujur terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah? Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akuilah hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.Bila agyt sebut kita, ia termasuklah diri mereka dan diri agyt sendiri....

salam ukhwah.
agyt

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Tuan yazidyahya..

Terima kasih kerana sudi beri pandangan di sini. Hehe, Tuan Yazid memang peminat pujangga Inggeris ya?

Nota: Bukankah orang lain pula yang lebih rancak beremosi? Barangkali, 'orang-orang two-faced' sebegini yang perlu saya beware~

To agyt..

Alaikumsalam WBT. Terima kasih juga kerana beri komen kali kedua dengan nama yang berbeza.

Hemat saya, lama-kelamaan mereka bersama 'jurupuja-jurupuja' mereka akan letih dengan sendirinya.

Nota: Inilah dia salah satu siri alaf baru 'Pawns In The Games'~

jane said...

;)

shameel Iskandar said...

Kita tidak mungkin dapat mengembirakan smeua orang. Pandangan yang kita lontarkan pasti ada yang menentang. Itu lumrah dan itu satu kemestian. Semulia2 para Nabi yg menjadi kekasih Allah pun ada yang memusuhi pandangan/ajaran yg dibawa, maka apatah lagi kita manusia biasa yg terlalu kerdil di sisi Allah.

Yg pasti kita cuba merakyatkan pandangan kita kepada semua. Kita umpama seoarng jurujual ygmenjual pandangan dan kita tidak pernah memaksa org lain menerima pandangan kita.

Cuma ingatlah = Samapaikan dariku walaupun satu ayat ( Maksud hadis Nabi s.a.w).

Izzah Al-Maliziyyah said...

To shameel Iskandar..

Betul. Sekiranya tidak ada yang sanggup terima kenyataan, adalah lebih baik mereka tidak 'menjamah' lagi sebarang artikel dan nasihat mahupun gurau senda di sini.

Tidak perlu bersusah payah untuk agresif pada artikel-artikel saya. Buat apa cari kontroversi. Lebih baik jauhi sahaja sebelum ada yang dihantui.

Alhamdulillah, saya lebih senang bertindak berdiam diri. Bukan bererti mengalah. Lebih bagus, mencari uzlah yang lebih berhemah~