Thursday, July 29, 2010

Terima Kasih Saudara Halim

Wajah keikhlasan seorang 'Saladin Malaysia'. Berkata Salahuddin Al-Ayubi, "Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia"...

Cepat benar masa berlalu. Saya tidak berhajat mencatat panjang. Ini sekadar tulisan santai untuk saya berkongsi satu dua perkara penting...

Diam-diam, lebih seminggu yang lalu kami telah diuliti dengan ceramah khas oleh saudara Abdul Halim Mohamed Ridzuan.
Pertama kali melihatnya, tidak ubah persis seorang ustaz.

Barangkali, anda telah sedia maklum siapa beliau. Seorang aktivis sukarelawan yang mewakili Muslim Care Malaysia. Juga salah seorang pejuang yang pernah digasak dan ditawan oleh tentera Israel semasa konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Bersempena sambutan Isra' dan Mikraj, pihak panitia Agama Islam SKSU tidak melepaskan peluang mengundang beliau menyampaikan ceramah di sekolah kami. Kebetulan pula, saudara Halim ini adalah orang Sungai Besar. Elok sangatlah turun 'bersuara' di kampung halaman sendiri.

Alhamdulillah, ceramah singkat pada hari tersebut cukup memberi kepuasan dan keinsafan untuk diri saya. Dari hujung dewan saya amati, warga sekolah yang lain juga turut 'melekat' sepanjang sesi ceramah. Masing-masing tidak lepas menghayati butir ceritanya yang diselangi seloroh bersahaja.

"Saya ditembak dengan peluru mati (getah). Tapi kalaulah peluru tu yang hidup, sudah tentu saya dah mati. Apa saja tak mustahil kan. Ni semua kuasa Allah SWT...", seloroh beliau menceriakan kami.

Mudah-mudahan isi ceramah beliau bersama sisipan tayangan video eksklusifnya dapat memberi pengajaran kepada kami semua. Saya amat berharap sekali, agar ia tidak hanya terkesan seminit dua. Sehari dua. Biarlah selamanya...

Bak kata nasihatnya, dunia dan akhirat tidak akan dapat disatukan. Benar sekali. Andai akhirat dipilih maka dunia juga akan diperolehi. Ibarat kita menanam padi dan rumput. Andai padi yang kita tanam, maka sekaligus padi dan rumputlah akan diperolehi. Tetapi andai rumput yang ditanam, hanya rumput sahaja yang diperolehi.

Ya, begitulah signifikannya dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada saudara Halim kerana sudi memenuhi undangan kami~

Nota:
1.
'Suaranya' jelas memafahamkan kami keadaan sebenar dana Palestin yang telah sedia terkumpul. Teluskan sumbangan anda melalui saluran yang betul. Dikhuatiri kita hanya memenuhi kepentingan 'poket' orang tertentu. Walhal, orang ini dan proksi-proksinya saling terus tersengeh. Sedangkan rakyat Gaza siang malam terus menangis.

2. Kalau anda tidak percaya, boleh terus bertanya dengan orang kuat Permata Negara. Beliau memang gemar menyimpan duit orang lain berlama-lama. Ehem, tak gitu kak Rosmah? (Ops, kak Rosmah bukan kakak angkat saya. Kami cuma berbinti yang sama, anak Mansor)

3.
Khabarnya, misi kemanusiaan dijangka akan bergerak semula ke Gaza pada September nanti. Semoga hajat untuk membina hospital kanser di sana akan berjaya. Ayuh, teruskan menghulur sumbangan!

4. Doakan kesihatan saudara Halim bebas dari keracunan arsenik Israel. Tahniah juga kerana beliau dianugerahkan gelaran 'Wira Perpaduan' Negeri Selangor.


2 comments:

cikgu zaki said...

Assalamualaikum wkt,

Sebenarnya isu Plastine, bukan perkara baru, Salehudin al Ayubi telah mengejutkan barat dengan strateginya, kini kita menanti salehudin al Ayubi 11, untuk memadamkan peta zionis dari semenanjung Tanah Arab, dan Saudara Halim telah mengejutkan dunia tetang perlunya dunia melihat betapa zionis ini bukan jenis manusia yang perlu diberi ruang untuk mengisi dunia ini. Tetapi itu namanya ketentuan, yang memerlukan peperangan salib dibuka semula dari sejarah umat yang panjang ini, dan seperkara lagi yang harus diingat ialah, konco-konco zionis yang antaranya MESIR....semoga suhada2 Ehwanul Muslimin mendapat apa yang dijanjikan...amin buat Syed Qutb diatas ulangtahun ke 44 kesyahidannya.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Cikgu Zaki.. Alaikumsalam WBT. Terima kasih sudi singgah ke mari. Amin untuk Sayyid Qutb.

Saya pernah terbaca kisah pendedahan kesilapan dan kesalahan beliau yang membahayakan Islam dan sunnah Rasulullah. Tetapi hanya Allah SWT sahaja berhak membalas baik buruk hamba-Nya.

Beliau telah terpilih untuk mati syahid di atas kemuliaan dan keteguhannya sebagai salah seorang pejuang Islam. Kita bagaimana dan entah bila pula.. wallahu'alam~