Showing posts with label SINGGAH-SINGGAH. Show all posts
Showing posts with label SINGGAH-SINGGAH. Show all posts

Monday, June 08, 2009

Fresh - Organic - Halal

Episod singgah menyinggah bermula atas pakej jom cuti sekolah selagi sempat. Dari Sungai Besar saya singgah bermalam di rumah kakak yang terletak di bandar Seberang Jaya. Keletihan memandu terubat juga dengan keletah anak buah yang semakin galak membesar.

Asalnya saya berhasrat untuk meneruskan penyinggahan kedua di Sungai Petani.
Cadangnya mahu juga singgah pekena beberapa menu di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), cawangan Sungai Petani. Dengar cerita masa operasi di sana 24 jam sehari. Jujurnya, kalau mengikut kehendak diri saya yang sebenar tidaklah berapa gemar makan fastfood.

Saya anti KFC!

Pelbagai plan sudah diatur dan dimaklumkan kepada ibu saya. Tetapi memikirkan keadaan roadtax kereta sudah tamat tempoh, dengan keberatan yang amat sangat untuk menuju ke sana,
saya akur membatalkannya.

Saya meneruskan perjalanan ke kampung.

Kebetulan, baki keletihan semalam belum reda. Mata saya yang sepet pula semakin mengecil. Gamaknya, kesan langsung akibat sarapan nasi lemak di rumah kakak.

"Aduh... lemah berlemak. Bagus juga ni kalau dapat 'mai secawan'!" saya bermonolog sendiri.

Dek kerana teringin dan mengidam yang entah berapa bulan ni, saya mengambil keputusan untuk singgah juga pekena RFC di cawangan Shahab Perdana, Alor Setar.


Alhamdulillah, sehingga menjilat jari. Sungguh, makanannya sungguh sedap dengan harga yang berpatutan. Malahan keselesaan dari segi kebersihan serta kakitangan yang sopan, adalah di antara review positif di mata saya. Semoga ia berterusan dan berkembang.

Tahniah kepada pengurus RFC Sdn. Bhd.


Sudah semestinya produk halal tanggungjawab bersama. Inilah dia fresh fastfood dengan ayam organic yang halal, kurang masin dan tidak terlalu berlemak. Selamat berdiet juga~


Saturday, February 28, 2009

No KFC!

"C... 'see'. Anyah, 'see'!", ulangan Amir kepada saya ketika kami singgah mengisi minyak di stesen Petronas Seberang Jaya. Bonda juga sedia maklum favourite cucu kesayangannya.

Kami sekadar tersenyum. Sengaja tidak mahu memberi sebarang signal.

Walaupun tidak meragam dan menangis, tentu saja hati anak kecil itu sedikit kecewa apabila saya tidak singgah KFC memenuhi kehendaknya. Memandangkan malam minggu masih awal, saya mengajak bonda pekena charketeow di Key's Seberang Jaya.
Mungkin boleh memujuk Amir yang masih lagi terpinga-pinga dengan permintaannya.

Alhamdulillah, saya dan Amir agak berselera. Mungkin juga kerana kami belum menikmati makan malam. Apa yang penting saya dapat mengalihkan ingatan Amir pada 'see'. Suapan saya belum lagi sampai semulut, Amir bersedia untuk disuap lagi. Agaknya sedap sangat kot!

Bila dah sepinggan habis 'disebat', kira berjaya juga misi psikologi dan diplomasi saya menambat hati Amir. Walaupun hanya dengan sepinggan charketeow sebagai gantian memboikot KFC.

Sesiapa yang turun ke Penang, bolehlah singgah pekena sepinggan dua. Pada saya, charketeow di Key's agak berpatutan dengan harga sepinggan biasa, RM3.00. Manakala sepinggan besar pula, RM4.00 dan special hanya RM5.00. Buat mereka yang alergi dengan udang dan kerang, disarankan untuk minta sahaja charketeow kosong.

Kalau sedap, khabar-khabarkan. Kalau tak sedap, elakkan mencemuh rezeki. Tolak pinggan ke tepi dan jangan lupa bayar di kaunter~
Jemput singgah, jemput makan... em, 'cedapnye'!

Monday, February 09, 2009

Jom Pekena!


Sempena cuti-cuti singkat ni, sempat juga saya singgah 'jom pekena' di dua tempat yang telah dipromosi oleh kawan-kawan. Sebagai memenuhi selera tengahari, saya singgah ke destinasi pertama di restoran Raja Sup yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Sebut sahaja mahu bahagian mana, daging, perut, paru, tulang rusuk, lutut, urat, ekor, lidah atau usus, semuanya ada. Itulah keunikan restoran ini yang menyajikan hidangan pelbagai jenis sup istimewa bercampur herba. Menu-menu lain juga nampak menarik untuk dicuba.

Tapi dari segi susun aturnya memang tidak menyelesakan pelanggan. Saya sendiri rasa kurang kondusif dengan ruang restorannya yang agak sempit. Ditambah pula hiasan kepala lembu bertanduk tergantung di dinding kedai yang bercat kuning, meja beralas merah plain tanpa air cond. Panas semacam pulak~

Alhamdulillah... sedap!

Destinasi kedua pula di D' Muara Marine Park. Singgah 'jom pekena' di Restoran Terapung yang boleh memuatkan antara 200 hingga 300 orang. Menu di sini juga tidak kurang hebatnya. Selain makanan laut, ABCnya nampak menarik. Terliur je tengok waitress dia perform kat meja-meja lain. Siapa suruh tak order!
D' Muara Marine Park ini terletak 5km dari Pekan SB dan 90km dari Bandaraya Shah Alam. Chalet-chalet di sini berdekatan persisiran pantai Sungai Haji Dorani yang mengadap kebiruan Selat Melaka. Sesuai untuk beristirehat sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai di situ. View dan menu restoran ini pula cukup selesa dan tenang~

Sesiapa yang gemar memancing ikan, bolehlah ke sini...