Gambar sekadar hiasanBarangkali entry saya ini agak 'bervoltan tinggi' mencecah 33 KV dan tidak memenuhi citarasa sesetengah pihak. Anda sudah bersedia untuk membaca?
Tetapi, awas dan berhati-hati jika tidak mampu menebat. Ditakuti dapat memudharatkan diri anda sendiri. Siapa tahu, ia boleh mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman anda terhadap dunia ilmu. Hehe...
Tetapi, awas dan berhati-hati jika tidak mampu menebat. Ditakuti dapat memudharatkan diri anda sendiri. Siapa tahu, ia boleh mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman anda terhadap dunia ilmu. Hehe...
Nasihat saya, lebih baik anda 'menjamah' siri pembacaan lain. Adalah di luar kerangka pemikiran seseorang apabila membaca, melihat dan mendengar, mereka benar-benar 'soheh' dengan sangkaan masing-masing.
Begitu juga dengan penulisan di blog 'sendirian berhad' saya ini. Segala apa yang diperkatakan adalah luahan hati peribadi. Tidak dipengaruhi hasad dengki. Saya menulis bukan untuk memangkah sesiapa. Saya menulis bukan untuk mencantas sesiapa. Saya menulis kerana berpeluang mempedulikan soal benar, adil, bebas dan berperaturan.
Apa pun isunya, jika ia dikatakan secara kebetulan, tidak ada siapa boleh meyakinkan atau menidakkan. Terlalu subjektif. Saya ulang sekali lagi bahawa isu sejuk, isu suam mahupun isu panas di sini adalah terlalu subjektif. Subjektif!
Ya, subjektifnya kerana ia berbeza mengikut tafsiran penganalisanya. Bukan sahaja subjektif pada pemikiran dan perasaan saya. Anda juga!
Kalau anda fikir saya sengaja mahu mencari publisiti, saya sengaja mahu mencari sensasi, saya sengaja mahu menanam 'cili', saya sengaja mahu meraih undi, hemat saya, anda silap sama sekali. Saya ini bukan selebriti. Saya bukan peserta rancangan 'realiti'. Saya bukan pak tani. Apatah lagi yang ternama seperti pak menteri.
Saya adalah insan biasa yang ada perasaan untuk dikongsi. Saya cuma memanfaatkan ruang berkreativiti ini untuk menzahirkan suara 'realiti'. Saya mahu mencari redha Ilahi...
Ingatlah bahawa syaitan cukup bijak dalam menjalankan tugasnya memecah belahkan umat manusia. Kalau bukan kelicikan syaitan, pasti Rasulullah SAW tidak akan dikejar sehingga ke gua Thur. Kalau bukan kerana kelicikan syaitan, pasti tiada sejarah Qabil membunuh adiknya sendiri, Habil.
Marilah kita sama-sama menanam benih keikhlasan dalam semaian hati dan membajainya dengan perasaan kasih-sayang kepada manusia kerana Allah SWT. Moga-moga nanti segala ulat dan serangga perasaan hasad dengki akan menjauhkan diri daripada merosakkan benih tersebut. Wallahu'alam bisshowab~
Nota:
1. Melangkah ke hadapan adalah jiwa pejuang tetapi kalau kita menyusun langkah dengan cara memangkah ia adalah jiwa petualang.
2. Artikel di blog ini adalah hak cipta terpelihara. Sebarang ulang cetak perlu mendapat keizinan penulis.



