Saturday, January 31, 2009

Jom coffee break!

Bukan saja mai secawan! Ada juga yang bercawan-cawan...
Petang tadi saya singgah sebentar di stesen minyak PETRONAS SB. Kebetulan pula stesen tersebut adalah antara stesen-stesen PETRONAS terpilih di seluruh negara sempena kempen 'coffee break' bagi perayaan Tahun Baru Cina 2009. Selain coffee, air milo kotak juga diberi kepada pengunjung PETRONAS.
Nampaknya tadi, bukan saja pengunjung jauh, yang dekat macam saya pun tumpang sekaki menikmati secawan
coffee. Maklumlah, esok adalah hari terakhir bagi kempen musim ini. Semoga kempen ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan pengguna jalan raya berehat seketika untuk kembalikan tenaga.
Alang-alang anda ter
coffee break di corner MyHumairaKu, jom kongsi tips mengisi minyak petrol. Kalau anda berhajat, eloklah diisi pada awal pagi atau ketika suhu tanah masih sejuk. Malam pun sesuai. Yang penting, lagi sejuk suhu tanah, lagi padatlah minyak itu. Sebaliknya jika suhu meningkat, petrol akan mengembang.
Teknik mengepam minyak ke tangki pula. Elakkan mengepam pada tahap maksima. Memang nampak cepat dan hebat. Tapi petrol anda akan bercampur dengan gas atau wap air. Rugilah! Seliter petrol yang anda isi itu tidaklah seliter dalam amaun yang sebenar.
Jadi luangkan sedikit masa pada awal pagi atau malam hari di stesen-stesen minyak. Mengepam sendiri lebih baik, lebih afdhal. Jangan biarkan taukeh mahupun mamat Bangla stesen minyak yang sibuk mengepam minyak anda ke tangki kereta. Nampak macam tolong, tapi sebenarnya tolong tipu!
'Mesra' boleh. Jom dapatkan kad Mesra PETRONAS. Boleh menangi hadiah atau tabbaru'. Halal dalam Islam tanpa khilaf dan tiada unsur gharar.
Selamat beramal... macam biasa, bila minyak sudah penuh, pandulah dengan hemat agar jiwa selamat~



4 comments:

imanshah said...

dulu keje kat pam minyak ke??

Aisya Humaira said...

Bukan keje kat pam minyak. 'Jual minyak' kat sana...hehe~

warkahraudhah said...

akak,ana dulu pernah jugak kerja dekat stesyen minyak kat kampung.

siap ditemuduga lagi sebelum kerja.bua kira-kira dan beberapa kemahiran lain.

tapi,kerana seab-sebab tertentu dan dok tahan kerana waktu kerja yang agak panjang,ana cabut lari.hehe

arigatou atas perkongsian.bawak kereta pun belum reti lagi.

Aisya Humaira said...

Petang ni nak singgah lagi. Pagi tadi pi isi minyak, booth dia blm buka. Abang yang jaga booth semalam pelawa air kotak milo...hehe penuh je dalam peti~