Monday, January 12, 2009

Kembalikan 'Izzah'


Sepanas cerita-cerita terkini 'pesta bunga api' dari Tebing Barat, sepanas itu hati-hati kita mendidih sedih. Ratahan demi ratahan bagai lauk
hidangan buat temasya besar-besaran puak Israel.
Sanggupkah kita tegar hanya dengan mendengar dan melihat dari jauh? Sampai bila?
Percayalah, umat akan terus-menerus dalam kehin
aan selagi tiada daulah Islam yang melindunginya. Marilah kita bersatu atas dasar ukhuwah Islam melakukan perubahan yang mendasar dan menyeluruh agar izzah kita kembali.
Wahai saudara-saudaraku... prihatin sangatkah kita melihat dan mendengar umat Islam kini tidak ubah seperti hidangan yang dikerumumuni oleh si kafir yang rakus dari pelbagai penjuru? Tapi sayang sekali, kita sebenarnya hanya 'saudara prihatin' yang gemar melihat dan mendengar sahaja.
Mengapa kita tidak dapat mempertahankan diri dan membela? Lemah sangatkah kita umat Nabi Muhammad SAW? Jawapannya hanya satu kerana kita adalah umat yang sengaja membiakkan virus 'Al-Wahn. Mencintai dunia dan membenci syahid.
Semoga Allah SWT membantu hamba-hamba-Nya yang berjuang dan memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang berjuang. Malah berkenan melimpahkan hidayah dan inayah-Nya~

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.Salam Palestina.
Benar sekali,akak.Kita selalu saja jadi 'umat yg prihatin'.

Pertamanya,maaf banyak-banyak atas tersilap kata yang lepas.

Internet kat sini tak berapa stabil untuk ym.Selalu sangat jugok,offline message dr kawan lain terpadam,sebab talian kolej yg kurang stabil.

Cuaca disini tak menentu.Ada kala salji.Kadang-kadang,waktu kuliyah pun,angin sangat kuat.Semoga kekuatan kemarahan angin dapat membantu mujahidin2 di gaza.

P/s:Semangat juang Dr Azzam Tamimi dari jauh.Semoga kami,ummah di malaysia akan tersentuh sama.
((http://palestinkini.info/?p=2958))