Kami sekadar tersenyum. Sengaja tidak mahu memberi sebarang signal.
Walaupun tidak meragam dan menangis, tentu saja hati anak kecil itu sedikit kecewa apabila saya tidak singgah KFC memenuhi kehendaknya. Memandangkan malam minggu masih awal, saya mengajak bonda pekena charketeow di Key's Seberang Jaya. Mungkin boleh memujuk Amir yang masih lagi terpinga-pinga dengan permintaannya.
Alhamdulillah, saya dan Amir agak berselera. Mungkin juga kerana kami belum menikmati makan malam. Apa yang penting saya dapat mengalihkan ingatan Amir pada 'see'. Suapan saya belum lagi sampai semulut, Amir bersedia untuk disuap lagi. Agaknya sedap sangat kot!
Bila dah sepinggan habis 'disebat', kira berjaya juga misi psikologi dan diplomasi saya menambat hati Amir. Walaupun hanya dengan sepinggan charketeow sebagai gantian memboikot KFC.
Sesiapa yang turun ke Penang, bolehlah singgah pekena sepinggan dua. Pada saya, charketeow di Key's agak berpatutan dengan harga sepinggan biasa, RM3.00. Manakala sepinggan besar pula, RM4.00 dan special hanya RM5.00. Buat mereka yang alergi dengan udang dan kerang, disarankan untuk minta sahaja charketeow kosong.
Kalau sedap, khabar-khabarkan. Kalau tak sedap, elakkan mencemuh rezeki. Tolak pinggan ke tepi dan jangan lupa bayar di kaunter~
Jemput singgah, jemput makan... em, 'cedapnye'!
6 comments:
salam ziarah.
sedapnya akak.boleh lawan rendang ustaz hasrizal :)
InsyaAllah,ada kesempatan boleh berkunjung ke belah atas sana.
Salam...
hmmm..nmpk mcm sedap jer. klu sedap jauh pun takpa
bleh ler try nnt..
To warkahraudhah... Wsalam WBT. Terima kasih sering berkunjung. Hehe rendang ustaz lagi power. InsyaAllah, hajat hati nak juga mencuba resepi ustaz. Kalau menjadi, Alhamdulillah~
To ramzani... Wsalam WBT. Rasanya kalau dari Perlis ke Penang lebih kurang 3 jam je. Dengar cerita dari kakak, kat BM (Bukit Mertajam) lagi special charketeow dia.
Kalau turun KL, kat Kerinchi sebelah Vista Angkasa ada Azimuddin charketeow. Situ pun power juga dengan menu tambahan, kerang bakar~
teringat masa mengaji kat USM selalu pekena char ketiau
To imanshah... hehe... semuanya terkenang di masa yang lalu. Saya pun pandai makan charketeow masa tinggal kat Vista Angkasa, Kerinchi. Bebudak UM la pengunjung setia di situ~
salam...
kalau kat ipoh, meh pekena charkotiaw saya. di mutiara penama.
insyaAllah x mengecewakan..
:)
Post a Comment