Thursday, September 03, 2009

Karabu Salatatun


Bila berpuasa biasanya akan berlaku peningkatan tahap keasidan gastrik yang menyebabkan kepedihan, kesesakan dalam perut. Malah, kebiasaannya mulut kita akan terasa masam. Ini boleh diatasi dengan memakan ulaman yang kaya dengan serat. Ulaman yang segar sangat bagus kerana ia mengandungi banyak fitonutrien dan vitamin.

Seingat saya, menu yang sering menjadi pujaan hati saya pada Ramadhan tahun lalu adalah kerabu daun salom dan kacang kelisa. Setiap kali turun ke bazar Ramadhan Peringgit, Melaka, yang terlintas di kepala ini cuma kerabu makcik dan pakcik itu. Kerabu, kerabu, kerabu... itulah selera saya. Murah, sedap dan berkhasiat.

Hari ini saya benar-benar teringin hendak berbuka puasa dengan kerabu ulaman. Sudah tentu mudah untuk mendapatnya di gerai-gerai bazar Ramadhan. Tunjuk sahaja, "Kak kerabu seringgit". Namun, saya nekad ingin merasa keaslian air tangan sendiri. Sedap belakang kira. Janji cuba jaya. Alhamdulillah, menu ini terhasil juga dengan resepi yang sedia ringkas, cepat dan qanaah~

p/s: Jauhi sikap membazir. Takut pula kita tergolong dalam kalangan saudara mara syaitan. Allah telah sedia mengingatkan kita tentang hal ini. "Sesunguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara setan dan setan itu sangat ingkar kepada Tuhannya" [Al-Isra; 27]
Resepi ini tidak dipaparkan seperti pemblog yang lain. Jika berminat boleh hubungi saya...

6 comments:

IMANSHAH said...

salam..saya suka kerabu perut..pandai ke buat?? tapi kerabu yang kat ipoh tak berapa sedap..kena air tangan mak sendiri jugak baru best

dmx said...

salam,Humaira:)
Wah..sedapnyer,
bbuke ngan aper tu...
kerabu salasatun..
x penah rasa...
agak, kat phg ader x..gaknye

pecinta_Islam said...

sedap sngt2..salam ziarah saudaraku
:)

Izzah Al-Maliziyyah said...

To imanshah... Wsalam WBT. Owh fav kerabu perut. Saya belum mencuba resepi kerabu perut. InsyaAllah akan datang bolehlah cuba dengan bantuan orang-orang lama yang berpengalaman~

To damaiinx... Wsalam WBT. Kerabu ulaman biasa. Mungkin namanya sahaja nampak pelik. Kalau damaiinx teringin hendak cuba, cuba risik-risik kat bazar Ramadhan Kuantan. InsyaAllah ada kot~

To syahbandar87... Wsalam WBT. Hehe sedap sebelum rasa ni bahaya. Apa pun, mailah jemput ziarah lagi~

shameel Iskandar said...

salam. Tiba-tiba terasa lapar pulak bila melihat kerabu ni.Rindu masakan kat bazar ramadhan kat stadium Sultan muhammad ke-iv kota Bharu.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To syameel... Wa'alaikumussalam WBT. InsyaAllah, balik kampung nanti boleh la cikgu pekena kerabu puas-puas. Request mak cikgu tolong buatkan. Kalau makan, jangan lupakan karabu salatatun saya~