Thursday, December 31, 2009

Bicara Laskar Pelangi

Bisa menghembus semangat baru

Di dada kanvas hitam pekat berona merah jambu ini aku ingin bicara. Aku bicara kerana ada jiwa yang diusik rasa. Aku bicara kerana ada jiwa yang angau bercinta. Aku bicara kerana ada jiwa yang derai air matanya. Hehe... aku itu adalah gejolak jiwa saya yang telah usai menonton filem 'Laskar Pelangi'. Filem yang sangat dekat di hati saya. Karya yang benar kisahnya dan cukup telus garapannya. Membuatkan saya benar-benar kagum. Kagum dengan dunia pendidikan anak desa. Kagum dengan insan-insan kecil yang punya semangat untuk keluar dari kepompong kejahilan.

Ya Allah, ia betul-betul menjadi pembakar semangat kepada kehidupan dan kerjaya saya sekaligus!

Sebagaimana KCB, LP juga lahir dari adaptasi novel terlaris karya halusan Indonesia. Acap kali mengulangnya, acap kali itu juga seluruh perasaan dan motivasi tersulam dalam keindahan jalan cerita ini. Kehebatan Pulau Belitong bukan pada kaya timahnya tetapi kerana semangat juang sepuluh orang anak pingitan yang kuat tekad untuk bersekolah. Pemandangan yang terpapar dalam filem ini juga sangat cantik keserian alam-Nya. Betul, 'cocok' sekali untuk ditonton dan dihayati. Bisa 'terjerlus' cinta dibuatnya.

Ayuh! "Kejar pelangi sampai ke hujung dunia. Jangan pernah menyerah. Memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya."

Sedikit waktu lagi, cuti sekolah musim ini bakal berlepas pergi. Tiada lagi saat-saat memanjakan diri di rumah. Titik asal saban tahun akan bermula. Makanya, berbondong-bondonglah segala bentuk tugasan yang bakal mengalir tiba. Rutin harian akan kembali rigid. Rigid dengan tuntutan semasa 'gelora' dunia perguruan. Ini bermakna saya perlu bersiap sedia untuk 'menata rias' wajah persekolahan tahun kedua saya bergelar guru.

Saya tidak mahu dihantui 'hari-hari menyeksakan'. Atas dasar keterpaksaan, sememangnya menyakitkan. Buat diri rengus terseksa. Itu natijahnya. Malang sekali bukan? Kemurnian seorang pendidik pasti semakin luntur. Kini, saya telah berjanji akan menjadi sehabis daya yang mampu, memperbaiki segala bentuk kesalahan dan kesilapan diri. Saya perlu lebih nekad. Nah, lihat sahaja hasilnya nanti. Bisakah ia menjadi?

Seharusnya, dari relung hati ini saya perlu berkata jujur. Saya sendiri tidak ketahuan...

Mahu bicara lagi. Saat puas menghayati LP, saya seperti sedang 'bermekaran' dalam keceriaan lagu OST Laskar Pelangi nyanyian Nidji. Hehe... bicara ini sekedar ngasih tau aja. Apa pun terjadi, berjalanlah tanpa henti. Kerana tiada siapa yang mengerti, kecuali engkau sendiri~ Deaf Teacher

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya...

8 comments:

syaf said...

ni lirik ker puisi kah

IMANSHAH said...

salam..best ceritanya,,baru-baru ni Laskar pelangi menang Filem Terbaik Festivel Filem Asia pasifik di Taiwan

dmx said...

salam..
izzah...
yer ke...
tentu byk prkara bole drenung
d diambil pengjaran...

insyallah..
bole,copy movee....

imannuha said...

Assalamualaikum wbt!
Izzah,Wah!!!! dah tengok ye?akak tengok cerita ni pun bersulam dengan air mata!

Izzah Al-Maliziyyah said...

To syaf.. Ini lirik lagu OST Laskar Pelangi yang dinyanyikan oleh Nidji. Selamat mencuba untuk dengar dan selamat terhibur juga.

To imanshah.. Alaikumsalam WBT. Itulah, seronok sangat cerita LS. Semua campuran rasa teradun. Saya vote lima bintang-bintang di langit. Cikgu tolong petikkan ya.. hehe~

To dmx.. Alaikumsalam WBT. Cikgu Jais sesuai tonton. Moga dapat membakar kembali semangat keguruan cikgu. Selamat 'mengopy'. Kalau bagus, kasik tau ya. Kalau sebaliknya, diam-diam aja.. hehe~

To imannuha.. Alaikumsalam WBT. Akak emangnya suka nangis gitu. Pemurah air mata. Aha, saya sudah tengok berulangan. Siap fasih berbahasa Indon lagik.

Makasih sudi share filem dengan saya. Bila ndak kasik filem baru lagik? Waa, macam akak ni taukeh wayang pulak.. hehe~

mizaranun said...

Salam...
Wahh cerita yg best untk direkemenkan selain BCB...TQ

shameel Iskandar said...

salam. sy blum tgk lg criter ni. Nk tgk jgklh nnt

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Mizaranum & shameel.. Alaikumsalam WBT. Tengok, jangan tak tengok. Kalau tidak seronok dan terusik, bukan LS namanya. Tambah lagi jiwa pendidik seperti kita. Sangat sesuai sekali. Kalau rajin membaca, dapatkan novelnya sekali~