Friday, April 30, 2010

Greenpeace Untuk Semua

Hijau ada disebut-sebut sebagai warna penghias syurga. Rujuk surah al-Kahfi; ayat 31, al-Insan; ayat 21 dan surah ar-Rahman; ayat 76

Sejujurnya, hijau bukanlah warna yang paling saya gemari. Tiada dalam senarai utama. Seingat saya, jarang-jarang sekali saya berkerudung hijau. Entah mengapa, kekok benar untuk mengenakan warna ini. Bukan kerana hijau dilihat sebagai warna kontroversi. Cuma kurang serasi.

Namun, hijau tidak pernah terpinggir dari hidup saya. Warna hijau sejati ini masih dapat memikat hati saya tetapi tidak berlebihan sehingga taksub atau 'takdol' (mengidolakan).

Pada tahun ini, saya telah menata rias konsep meja guru sendiri. Walaupun simple, saya cukup selesa dengan tema greenpeace. Lunak ditatap dan menyegarkan. Pendek kata, bagus untuk kesihatan mata. Indahnya memberi ketenangan dan kedamaian di hati saya.

Lain orang, lain mata hatinya. Barangkali mereka mengagumi warna 'alam' ini, tetapi diam-diam, nikmatnya terpaksa dianaktirikan. Anggapan mereka, warna gerun seperti hijau boleh membejatkan majlis. Warna sinikal ini bisa membobrokkan pihak-pihak tertentu. Warna provokasi yang mudah menghantui kepala-kepala partisan.

Sikap paranoid ini secara automatisnya akan ulang memberi amaran "Jangan cari pasal dengan warna hijau!". "Kalau boleh elakkan warna hijau!"...

Telan liur juga mendengar orang yang takutkan warna. Pelik! Pelik!

Dari satu sisi, kelakar pun ada. Mujur tidak terbahak-bahak.

Itu acuan pemikiran konservatif mereka.

Bagi saya,
mengapa perlu menjadi 'korban' ikut-ikutan. Sedangkan warna ini tidak menyusahkan hidup sesiapa. Terlalu menyenangkan. Warna kurniaan Allah yang diangkat sebagai warna istimewa. Warna milik semua, penghuni alam juga penghuni syurga.

Kadangkala saya tersenyum sendiri mengenangkan golongan yang sengaja mengkarenahkan warna ini. Mereka sedar, tetapi tidak telus. Maka, adalah lebih baik abaikan sahaja. Semuanya perlu dikuis ke tepi sebelum pemikiran saya pula menjadi 'hijau berlumut'.

Maafkan saya andai artikel ini bersifat sarkastik di minda anda. Harap-harap tidak ada yang 'hijau muka' (puke) atau 'hijau muka' macam incredicble Hulk. Peace for all~


Nota:
1. Makan nasi lemak bersama kuih tepung pelita tanpa daun pisang dan daun pandan yang hijau tentu tidak harum menyentap.

2. Pandang langit biru yang cerah, tanpa bukit-bukau menghijau tentu kurang memukau.


11 comments:

imannuha said...

assalamuaalaikum Izaah!wah bercakap tentang warna pulak..ohhhhhh hijau memang warna kegemaranku!semua benda yang berwarna hijau menarik perhatian akak walaupun bakul sampah..hehehe..sejuk mata memandang!!!Betul izzah,kenapa dianaktirikan warna hijau dalam satu-satu majlis yang dihadiri orang besar2?????

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum Cikgu,

Semasa Sultan Johor yang datang mencemar duli merasmikan asrama pelajar johor di Kaherah ni. Semuanya kebiruan. Saya tak pasti samada tu warna kesultanan Johor atau warna keBNan MB Johor. Hehe

Biru warna kegemaran saya. Hijau jarang2. Tapi hijau pucuk pisang tetap warna pilihan untuk baju melayu.

Bagaimanapun tanpa warna hijau hilang seri dunia ini. Warna warni ini saling lengkap melengkapi dan ianya tanda Kebijaksanaan Allah SWT. Yang tak suka warna hijau mungkin mereka cuba menafikan kebijaksanaan Allah.

Macam mereka yang tidak gemar sebahagian undang-undang Allah, sekaligus menidakkan Maha Bijaksananya Allah SWT.

Wallahua'lam

kukukakikukaku said...

padan je la dgn muka yg ada kena-mengena and terkena mengena.

IMANSHAH said...

kalau t-shir jarang ada warna hijau, tapi baju melayu saya suka warna hijau, mendamaikan

Unknown said...

cuba bayang kan kalau padang golf semuanya warna merah...sakit mata nak main...syukurlah ALLAH jadikan rumput tu warna hijau.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To imannuha.. Alaikumsalam WBT kak. Tahu. Dah miliki laptop hijau? Hehe tentu hijau mata-mata yang memandang~

To Ibnu_Ali.. Alaikumsalam WBT Ustaz Akhmal. Agaknya Sultan Johor gemarkan warna biru. Tiru warna fovourite ustaz.. hehe~

To kukukakikukaku.. Kalau termengena, terima sahaja. Ini perkara benar, yang salahnya kalau tidak membenarkan perkara benar.. betol ngak? Hehe~

To imanshah.. Molek. Harapnya, damai sokmo ya. Budu ada warna hijau dak?~

To Mohd Kamarulzaman.. Sakit mata satu hal. Tukang potong rumput pun 'tak lalu' nak kerja.

p/s: Alas carpet kereta maintain merah ok. Hehe penambah seri~

Unknown said...

Warna hijau membolehkan kita bergerak. Warna lampu isyarat. :D

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Amirul Faiz Abd. Razak.. Ya, tepat sekali. Membantu kelancaran traffic menjadi seimbang dan harmoni.

Malah, di mana-mana sahaja perlukan hijau. Simbol oksigen yang merangsang kecergasan kita. Bagus untuk jantung dan paru-paru~

dmx said...

assalamualikum wkt..
izzah....
hijau..inspirasiku

Izzah Al-Maliziyyah said...

To dmx.. Alaikumsalam WBT. Semoga hidup dmx sentiasa terinspirasi bersama keredhaan dan keberkatan-Nya~

Tambahan: Manfaatkan hijau (muda) sebelum coklat (tua atau matang).. hehe saya pengemar warna coklat!

Muhammad said...

hmm.. Satu penyakit juga.. berpolitik sampai allergik dengan warna.. Politik masa berpolitik le.. Tak payah jadi bahan pencetus sengketa di masa yang tidak sepatutnya..

Wallahu a'lam. Sekadar pandangan saya yang dhaif.