Monday, April 19, 2010

Ice Lemon Sedap Untuk Cik Izzah

"Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan." [ath-Thalaq: 7]

Pernah atau tidak anda terfikir, kenapa dalam hidup ini ada sesuatu yang bernama musibah? Fikir saya, musibah mana yang tidak sulit sifatnya. Sekali pun ia sekadar dugaan mendesah. Sedikit sebanyak, pasti akan membuatkan kolong hati kita dirundung sedih.

Barangkali, sedang anda leka menyedut air sejuk ke tekak, tiba-tiba terasa ada sesuatu mengalir keluar. Panas. Rupa-rupanya, itu adalah air bening yang membasahi pipi. Lain yang disedut, lain pula yang keluar. Ini bermakna, benarlah anda teramat sedih. Bukan lagi sedih 'wayang' yang sengaja dibuat-buat.

Benar.
Terlalu ambil pusing, kepala mana yang tidak pening. Malah, akan menjadi lebih kritikal hingga ke tahap 'sasau'. Sampai terfikir mahu menyusun tangga untuk berlari ke langgit tinggi. Atau membuat terowong untuk hilang ke dasar bumi. MasyaAllah, jauh sungguh hendak membawa diri.

Percaya atau tidak, hari ini saya 'passion' mengandaikan minuman di hadapan saya...

Jika saya diberi perahan lemon (limau) yang masam menjeruk, saya cuma perlu lakukan sesuatu. Sama ada memilih untuk merungut dan tolak ke tepi atau hanya bertindak mengambil dan menyedapkannya sahaja.

Kalau ambil, cukuplah tambahkan sedikit gula ke dalam perahan tadi. Kacau berhati-hati dan minum dengan lafaz bismillah. Setelah itu, jangan lupa ucapkan alhamdulillah. Tanda berterima kasih diberi nikmat. InsyaAllah, jika kita bijak, kita mampu mengubah sesuatu itu sebagai satu rahmat. Bukan sebuah penamat~


Nota:
1. Rasulullah SAW terusir dari Mekah, tapi baginda kemudian dapat mendirikan sebuah negara di Madinah.

2. Ibnu Taimiyah dipenjara dan akhirnya menjadi seorang yang alim.

3. Cik Izzah baru meladeni enak rasa air ice lemon dengan senyuman seribu erti. Manis!

2 comments:

Qassam said...

Salam buat izzah,

"Sabar itu Sebaik2 perhiasan bagi seseorang mukmin"

Pedulikan apa "Orang" kata...So teruskan berkarya...Dunia internet ni luas..Dunia tanpa sempadan..so jangan menyempitkan ia dengan "Fikiran Sempit" sesetengah manusia...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Alaikumsalam WBT ya Qassam. Jazakallah atas cebisan nasihat Tuan Qassam dan sahabat-sahabat lain.

Doakan supaya saya dapat mengatasi 'pemikiran-pemikiran' sebegitu. Risau juga, takut naik 'hantu'. Terbawa-bawa ke alam mimpi... hehe~