Saturday, April 03, 2010

Melampiaskan Hajat

Tahun ini langsung tidak mendapat tandatangan mana-mana penulis. Sempat berselisih bahu dan bertentang mata dengan Dr. MAZA sahaja

Hampir seminggu PBAKL 2010 berlalu. Ini bermakna, seminggu jugalah ruang legar PWTC lengang dari acara jual beli produk PBAKL 2010. Lengang dari 'sesak badak' keluar masuk pengunjung yang terliur dengan buku. Apatah lagi yang ternanti-nanti untuk bersua muka di hadapan 'kerusi penulis'.

Alhamdulillah, menjelang hari-hari terakhir pesta berpencak, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Berlegar-legar mencari parkir kereta sahaja sudah berjam lamanya. Sana-sini, langsung tidak memberi ruang.
Mati kutu juga dibuatnya...

Hendak bergerak di dalamnya pula bagaikan hilang selera. Kalau setakat kelancarannya macam siput tidak mengapa sangat. Lebih melampau kalau sampai ada aksi berlaga punggung. Belum lagi yang sengaja ‘tersenggol’ dada. Ya Allah, dalam hati hanya tuhan yang tahu. Rasanya, pasar malam jalan TAR pun tidak seganas itu!

Memandangkan kelam mata dan serabut kepala melayan situasi, tergocoh-gocoh saya menjalankan misi pencarian. Tidak ada istilah senggol-senggolan di mana-mana booth. Terutamanya yang ketat manusia. Ditambah pula apabila melintasi booth yang kecoh laungan berbalas-balas dengan pembesar suara. Sukar untuk saya hayati itu adalah pesta buku.

Pada booth yang tenang, aman dan damai, saya suka menyinggah dan berlengai di situ. Sekadar mencari ruang 'nafas' dan mengumpul tenaga. Sesambil 'ghalit' mengintai keghairahan warga pengunjung yang beraneka ragam, dapat juga berbasa-basi barang seminit dua.

Lega. Hajat sudah tertunai di tangan. Kali ini sekadar berpuas hati hanya dengan tiga buah buku juga sedikit cenderamata. Kalau turutkan hati, sememangnya belum puas melampiaskan hajat. Mahu sahaja merisik dan melamar lagi untuk dibawa pulang. Maklum sahajalah, hajat setahun sekali~

5 comments:

dmx said...

assalamualikum wkt..
tringin gak....
nnk kesana....
insyallah...
tahun2 mdtg...

Anonymous said...

oo p tk ajak kita pun..

Izzah Al-Maliziyyah said...

To dmx.. Alaikumsalam WBT. Doakan semoga Tuan Dmx dapat ke PBAKL 2011. Haaa, sekarang ni boleh la start tabung duit banyak-banyak~

To En/Pn/Cik/Dato'/Datin/dll.. Laaa, kenapa tak inform nak ikut? Haaa, kan dah melepas. Jangan nangis tau~

Ibnu Ali said...

Nak cari buku tentang Dr Burhanuddin Al Helmy. Sebelum ni ada terbitan dari Dewan Bahasa dan Pustaka, tapi selalu jer terlupa nak beli. Penulisnya Ramlah Adam rasanya.

Takpe, tahun depan mungkin ana ke sana.. InsyaAllah.

Izzah Al-Maliziyyah said...

To Ibnu Ali.. InsyaAllah, saya doakan ustaz dapat memiliki buku yang diidam-idamkan tu. Nanti boleh pinjamkan pada saya pula ya.. hehe~