Saturday, November 13, 2010

Malam Puisi Riong BH-ITNM-IB: Catatan Lewat Malam Tadi

Diriwayatkan dari Hassan bin Tsabit al-Anshari r.a, bahawa dia pernah meminta kesaksian Abu Hurairah : "Saya meminta kesaksian darimu dengan nama Allah, apakah kamu pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda, "Hai Hassan, lantunkan puisi untuk membela Rasulullah s.a.w dalam mengalahkan puisi orang-orang kafir. Ya Allah, dukunglah Hassan dengan Ruh al-Qudus". Abu Hurairah r.a menjawab, "Ya". [Hadith riwayat al-Bukhari: 453]

Sesekali
di Laman Beringin IB
bersantaian dipayungi langit Ilahi
sambil menikmati jerayawara para pemuisi
menelusuri ilmu, menyemarakkan kreativiti
Prof. Madya Dr Lim Swee Tin dan Dr Siti Zainon
Dr Anwar Ridhwan dan Mohd Khair Ngadiron

Sesekali
canggung didengari
trend artis masa kini
antara yang lebih dihayati
juadah puitis personaliti Ahmad Fedtri
istimewa air tangan rohani Mohd. Zawawi
juga alun cendera Sohaimi Mior Hassan, Epilog Cinta Dari Bromley


Nota:
1. Kecewa. Niat untuk ke Damansara dan HKL tidak berjaya. Akhirnya cuma melepaskan lelah di Tasik Titiwangsa.

2. Leweh. saya hampir kehilangan jam tangan di surau Istana Budaya.

3. Sederhana. Bertembung dengan pemilik CBR 3395.

4. Geli hati. Ternampak kelibat Ustaz Syafiq Zulakifli...

2 comments:

IMANSHAH said...

salam, ahmad fedtri kawan suniversiti saya..boleh dikatakan rakan baik saya juga..sama2 terlibat dengan akitiviti seni budaya dan pengacaraan di USM

Ibnu Ali said...

Geli hati tengok kelibat Syafiq?