Tuesday, November 30, 2010

Tolong Ingatkan Padaku

"Dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." [al-'Asr: 3]

Tolong ingatkan padaku
agar leka jangan terus bertamu
berayunan di bawah cemara rindu
sementara sisa ini masih berwaktu

Tolong ingatkan padaku
sedang di depan jalannya berliku-liku

entahkan esok masih di sini atau sudah di situ

sebelum takdir-Nya memihak padaku

Ya Allah,
tolong ingatkan padaku untuk bertabah
kerana sepasang kaki ini mahu terus mengatih zikrullah
dan sekeping hati ini minta diasak-asak sebuah hidayah~

2 comments:

IMANSHAH said...

salam

sama2lah kita saling ingat mengingat dalam melayari kehidupan ini..

Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana saja kamu berada, dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan...(al-hadid :4)

cikgu zaki said...

Salam maal hijrah,

Orang yang paling bijak dikalangan kamu ialah orang sentiasa ingat pada mati,

Orang yang kaya dikalangan kamu pula adalah yang paling sedekah dan zikirnya.

kalau masih da orang yang sudi menegur kita, itu tandanya Allah masih sayang kan kita, jangan sampai kita hidup tidak dipedulikan oleh orang...