Friday, January 16, 2009

I'm not desperate

mf egypt : Akak.. kalau saya nak kenalkan akak dengan abang sepupu saya nak tak?
ihumaira : Untuk ape ya?
mf egypt : Saja ja..
mf egypt : Kawan-kawan
ihumaira : Kawan-kawan untuk apa ya?
mf egypt : Terpulang pada niat masing-masing...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dewasa ini saya hanya mampu tersenyum memikirkan akan kesungguhan mereka yang prihatin dengan status ini. Bukan main sibuk lagi mereka berusaha untuk mendapatkan saya calon yang sesuai.
Sehinggakan insiden siang tadi paling mengejutkan saya yang dalam keletihan setelah pulang dari sekolah. Kebetulan hari ini kesihatan dan mood saya agak terganggu.

Seharian menahan sakit.
Nawal muncul di muka pintu. Riak wajah dan tingkahnya seperti tergesa-gesa dan beria. Saya mengintai ke luar jendela. Kelibat seorang lelaki yang dimaksudkan Nawal nampak terpacak di depan rumah. Sementara yang lainnya pula sedang menanti di dalam kereta. Nawal... Nawal... ini rumah orang bujang Nawal. Boleh menimbulkan fitnah di mata sesiapa sahaja yang terlepas pandang.

Hilang akal dibuatnya.
Nawal Adibah adalah rakan sejawat saya di KKBP. Cikgu yang cantik dan manja orangnya walaupun sudah beranak sorang. Pelawaan Nawal untuk mengajak saya makan tengahari ditolak secepat kilat. Tidak semudah itu saya senang menerima pelawaan orang. Apatah lagi untuk duduk makan bersama-sama beberapa orang rakannya yang digelar ustaz j-Qaf. Tiada kompromi untuk ini...

Nawal berlalu setelah beberapa kali gagal memujuk saya bagi agenda pertamanya. Mungkin mereka kecewa. Biarlah...
Saya pula geram berbaur risau dan bingkas menutup pintu rumah.
MasyaAllah, mengapa sampai jadi begini? Desperate sangatkah saya ini yang bakal menginjak usia 29 tahun tetapi belum mendirikan rumah tangga?

Bulan ini sahaja banyak sangat dugaan yang tertanggung. Antara keinginan hati seorang ibu dan sedikit cadangan bernada desakkan daripada orang-orang terdekat membuatkan saya canggung dalam dilema. Adakah status 'anak dara' seperti saya ini telah menyusahkan semua orang? Saya hanya ada sekeping hati yang rapuh tak berdaya. Saya punya hak untuk kesediaan itu. Kesediaan menerima 'seseorang' dengan keikhlasan hati.

Ya Alah, i'm not desperate...

Berbalik kepada persoalan kahwin, saya berpandangan, sebagai seorang wanita yang sedang menghampiri usia lewat 20an, soal jodoh harus difikirkan. Umur yang sebegini, sudah dianggap sebagai usia yang sangat sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Namun, saya tidak menafikan, soal jodoh bukan perkara semudah kita melakar tarikh. Ia adalah ketentuan, qada' dan qadar Ilahi. Segalanya sudah tertulis sejak azali lagi.
Wahai sekalian yang kepeningan, jodoh saya ini usah terlalu dirisaukan. Tiba masanya, sudah pasti ia akan datang menjemput. Namun perlu juga saya membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang oleh diri sendiri.
Pun begitu, bagi saya ini adalah usaha yang harus dipanjangkan untuk setiap inci kehidupan kita.
Betul juga kata orang, jodoh masing-masing tidak sama. Ia ibarat sebuah jambatan
untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya. Namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya. Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat. Wallahu'alam..


Sementara menanti saat hadirnya jodoh, saya lebih selesa menambahkan ilmu di dada daripada bercintan-cintun. Tanpa ilmu, sekalipun seseorang itu berkahwin diusia yang dianggap matang, kebahagiaan yang dicari tidak akan tercapai. Oleh itu, tidak timbul soal kahwin lambat atau kahwin awal. Tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah masing-masing telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Islam juga menyarankan agar mana-mana individu yang merasakan dia berkeupayaan, maka berkahwin adalah jalan yang terbaik. Sekiranya masih tidak mampu, Islam tidak menggalakkannya berkahwin walaupun usianya telah lanjut. Ini penting supaya 'mahligai' yang dibina itu tidak dibebani dengan pelbagai masalah atau seseorang itu mendatangkan masalah kepada pasangan mereka.

Dalam meniti usia ini, saya masih lagi memperbetulkan kesediaan dan keyakinan. Kesediaan dan keyakinan untuk menjadi seorang suri yang sabar.
Pada saya, salah satu senjata yang amat penting dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga ialah sifat sabar. Sifat sabar akan membuatkan seseorang itu mampu bertindak secara rasional dan tidak terlalu mengikut hawa nafsu. Malah sifat sabar juga berupaya mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara satu sama lain.

Adakalanya, datang juga keyakinan diri untuk mendirikan rumah tangga secepat yang mungkin apabila melihat kawan-kawan dan keluarga terdekat saya berupaya menguruskan rumah tangga mereka. Mana mungkin saya ini berhati kering. Saya juga insan biasa yang ingin berkomitmen punya keluarga sendiri. Cuma mereka yang mengandaikan saya ini tidak bernafsu sahaja hanya menilai dari luaran. Menilai saya seorang yang terlalu memilih. Menilai saya itu dan ini...
Saya mohon maaf jika ada insan yang yang berkecil hati dengan entry kali ini. Saya tidak bermaksud untuk menyindir sesiapa. Dalam menentukan soal jodoh dengan siapa dan bila masanya, hidup ini perlu diteruskan seperti biasa. Saya bukan sengaja melengahkan perkara yang baik. Sebenarnya, memaksa diri untuk sesuatu yang belum rela ibarat menjerut leher sendiri ke tali gantung. Kelak nanti bukan sahaja akan menyusahkan hidup sendiri, malah orang lain juga.
Setiap hari ada sahaja persoalan yang sama. Naik tepu saya hendak menjawab. Em, rahsia di hati tiada siapa yang tahu. Biarlah Allah SWT sahaja yang mendengar rintihan hamba-nya. Rintihan saya yang mendamba cinta-Nya agar mengurniakan saya cinta yang lebih manis bila sampai tikanya diikat dengan sebuah pernikahan. InsyaAllah~

12 comments:

Ibnu Ali said...

mf egypt : Akak.. kalau saya nak kenalkan akak dengan abang sepupu saya nak tak?
ihumaira : Untuk ape ya?
mf egypt : Saja ja..
mf egypt : Kawan-kawan
ihumaira : Kawan-kawan untuk apa ya?
mf egypt : Terpulang pada niat masing-masing...
_____________________________________

Kelakar juga baca ni.. Terutama ayat yang akhir sekali. Saya dapat agak camna muka Izzah masa tu. Kalau da di tempat izzah mesti blur :-|

Macam tak kena jer dengan ayat tu.. Semacam bukan ayat itu yang ditulis dengan perbualan begitu.

Hmm.. bila baca entry ini, terfikir jugak, sebab zaman sekarang macamtu. 3 orang akak saya pun semuanya berumahtangga dalam keadaan masing 29 tahun ke atas...

Sekrang ini zaman, memang terasa bgitu cepat dan tak perasan... Kiamat dah dekat..

Anonymous said...

Kak, sy tahu rasa itu..
sy juga kdg2 bingung dgn risauan org sekeliling..Tabah ya kak =)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Terima kasih dik. Memahami situasi seorang wanita. Em, akak akui semua orang inginkan yang terbaik. Jika dapat diputarkan kembali masa yang lalu, sudah tentu yang lambat mahu dicepatkan, yang gagal mahu dijayakan.

Tapi kita perlu akur akan setiap rencana Ilahi. Sebaik-baik perancang adalah kholifahNya, maka sebaik pelaksana adalah Allah SWT. Dia lebih tahu bila dan dengan siapa kita selayaknya~

Anonymous said...

salam buat teman lama..
terima kasih atas doa dan nasihat..
setiap kali mengikuti perkembangan teman menerusi blog ini.. posting2 bahagia teman turut membuat teman di sini bahagia..
teman disini mendoakan "agar izzah terus bahagia dan bahagia dan bahagia.. (hasil tambah dari satu ke infiniti.. fungsinya bahagia) " :)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Wsalam WBT. Terima kasih menjadi pembaca senyap dari pena diam seorang guru 'bisu'.

Mudah-mudahan ada hikmahNy disebalik hijrah ini. Alhamdulillah saya bahagia di sini. Moga berterusan. Doakan teman juga~

badaimerah said...

Syahdu sungguh entry kali ni. Saya doakan semoga akak sentiasa dalam rahmatNya... Teruskan perjuangan hingga keakhirnya. Yakinlah yang cinta suci pasti akan hadir menemuimu.... :)

Ahmad Zaid said...

You do the best, let Him do the rest, InsyaAllah.

norazlansarmudan said...

Assalamualaikum
Semoga humaira terus tabah menghadapi duaan kehidupan. Sesungguhnya semakin banyak kita diuji, tandanya semakin sayang Allah pada kita kan. Saya yakin humaira akan dapat mengatasi apa juga masalah dengan cara yang terbaik. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan.

inilah jalanku.... said...

Assalamualaikum wbt..

Humaira, susah sangat ke cari jodoh. Insya Allah dalam pencarian ini kekadang memang begitu, susah,kerana Allah akan memberi yang terbaik buat anda. Insya Allah!

Izzah Al-Maliziyyah said...

Wsalam WBT cikgu Azam... Lambat cepat bukan ukuran susah. Kekadang yang cepat susah kemudian hari, yang lambat pula sebaliknya. Anggap je belum tiba masanya. Allah Maha Bijaksana, Adil dan Mengetahui bila dan dengan siapa. Doakan saya ya cikgu~

simpleshida said...

-salam alaik-
em...rase nk jot down some kalam.
ehhe. ;)

ukhtie org utara naa..hehe
ana ex UUm.ada mak angkt d smpg 4.
bru juge pegi sana bln 11.

bce entri ni...mmg kita diUji begitu..begini..
just tabhkn hati...utk hadapi hari2mendatang. insyallah tiap peri berlaku ada hikmah yg tersembunyi.

teruskn mendidik anak-anak bgsa menjadi MODAL INSAN!!

salam ukhwah....salam perjuangn.
barakillahu. =D

Izzah Al-Maliziyyah said...

Wsalam WBT shida...

Aha akak org utara [Kuala Perlis]. Kalau budak-budak UUM mesti pernah p pekena ikan bakaq kat Kola Pelih.

Alhamdulillah, akak cuba hadapi setiap ujian dengan kesabaran dan kekuatan hati. Hari ni pun diiuji. Rasanya selagi tak kahwin mesti orang rasa tak senang. Nok jugok bagi kahwin. Desak-desak tu yang tak tahan.

Tarik nafas, senym... berbekam je hati ni... hehe~