Hijau ada disebut-sebut sebagai warna penghias syurga. Rujuk surah al-Kahfi; ayat 31, al-Insan; ayat 21 dan surah ar-Rahman; ayat 76
Sejujurnya, hijau bukanlah warna yang paling saya gemari. Tiada dalam senarai utama. Seingat saya, jarang-jarang sekali saya berkerudung hijau. Entah mengapa, kekok benar untuk mengenakan warna ini. Bukan kerana hijau dilihat sebagai warna kontroversi. Cuma kurang serasi.Namun, hijau tidak pernah terpinggir dari hidup saya. Warna hijau sejati ini masih dapat memikat hati saya tetapi tidak berlebihan sehingga taksub atau 'takdol' (mengidolakan).
Pada tahun ini, saya telah menata rias konsep meja guru sendiri. Walaupun simple, saya cukup selesa dengan tema greenpeace. Lunak ditatap dan menyegarkan. Pendek kata, bagus untuk kesihatan mata. Indahnya memberi ketenangan dan kedamaian di hati saya.
Lain orang, lain mata hatinya. Barangkali mereka mengagumi warna 'alam' ini, tetapi diam-diam, nikmatnya terpaksa dianaktirikan. Anggapan mereka, warna gerun seperti hijau boleh membejatkan majlis. Warna sinikal ini bisa membobrokkan pihak-pihak tertentu. Warna provokasi yang mudah menghantui kepala-kepala partisan.
Sikap paranoid ini secara automatisnya akan ulang memberi amaran "Jangan cari pasal dengan warna hijau!". "Kalau boleh elakkan warna hijau!"...
Telan liur juga mendengar orang yang takutkan warna. Pelik! Pelik!
Dari satu sisi, kelakar pun ada. Mujur tidak terbahak-bahak.
Itu acuan pemikiran konservatif mereka.
Bagi saya, mengapa perlu menjadi 'korban' ikut-ikutan. Sedangkan warna ini tidak menyusahkan hidup sesiapa. Terlalu menyenangkan. Warna kurniaan Allah yang diangkat sebagai warna istimewa. Warna milik semua, penghuni alam juga penghuni syurga.
Kadangkala saya tersenyum sendiri mengenangkan golongan yang sengaja mengkarenahkan warna ini. Mereka sedar, tetapi tidak telus. Maka, adalah lebih baik abaikan sahaja. Semuanya perlu dikuis ke tepi sebelum pemikiran saya pula menjadi 'hijau berlumut'.
Maafkan saya andai artikel ini bersifat sarkastik di minda anda. Harap-harap tidak ada yang 'hijau muka' (puke) atau 'hijau muka' macam incredicble Hulk. Peace for all~
Nota:
1. Makan nasi lemak bersama kuih tepung pelita tanpa daun pisang dan daun pandan yang hijau tentu tidak harum menyentap.
2. Pandang langit biru yang cerah, tanpa bukit-bukau menghijau tentu kurang memukau.