"Laa... dah habis colour lain ka nak letak tajuk dia?", saya kembali memprovok mak tentang tajuk drama bersiri itu. Kalau gadis mawar mungkin saya boleh terima. Sedikit geli hati kerana dalam fikiran saya terbayangkan kartun pink panther.
Gadis Merah Jambu? Aduh! Saya serasa pelik dengan tajuk drama bersiri yang ditayangkan di saluran TV9. Jangan katakan tidak puas hati dengan tajuknya, pelakon-pelakon cerita berkenaan pun saya tidak kenal. Sari Yanti? Fizow Omar? Asing... asing...Maklumlah, saya ini bukan 'kaki' TV. Dari dahulu lagi, saya cuma memilih masa dan siaran-siaran tertentu sahaja untuk ditonton. Bila bercerita tentang perkembangan drama di TV atau pelakon-pelakon baru, memang saya mengaku naif. Pendek kata, tidak perlu masuk campur atau mencelah jika ada ruangan sembang-sembang berkaitan semua ini.Dulu pernah juga menjadi penonton setia drama bersiri Solehah. Itu pun cuma bersemangat pada siri pertengahan sahaja. Selebihnya saya hanya menanti episod akhir dan mengikuti perkembangannya melalui cerita-cerita teman serumah. Sebagaimana yang diberitahu mak, saya langsung tidak teruja untuk menantikan episod Gadis Merah Jambu. Malah, dengan mudah pula saya terlupa tentang hari dan masa siaran yang diberitahu mak. Berbalik pada cerita berkenaan, saya terfikir-fikir sesuatu...Kebetulan hari ini saya mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Tafsir al-Quran di tangan juga berwarna merah jambu. Itu belum lagi memakai sandal merah jambu snowfly London. Saya sukakan warna pink. Namun warna-warna lain juga tetap menjadi pilihan selain hitam dan coklat. Semua warna ciptaan-Nya menarik dipandangan saya.Setiap kali melihat iklan TV mengenai drama tersebut, pemikiran saya cuma beralih dan terkisah pada dia seorang. Gadis merah jambu yang selayaknya. Sengaja saya bergurau dengan mak. Saya mengatakan yang gadis merah jambu yang sebenar bukan pelakon cerita itu.Tapi si merah jambu itu adalah saya.... Aisya Humaira. Kisahnya lebih hebat berbanding Gadis Merah Jambu yang disiarkan sekarang ini. Nantikan episod Aisya Humaira pada entry akan datang! Gadis Merah Jambu yang pastinya tidak 'mengikat' kaki anda dari berganjak menonton drama itu. Tetapi akan memikat hati anda mendengarkan kisah si Merah Jambu ini. InsyaAllah... setakat ini dulu al-kisah dari 'black girl' yang berimej merah jambu. Kini mata sepetku mula memberat. Jemari pula seperti segan yang amat. Nampaknya semua sudah memberi signal. Mohon permisi ya... Assalamu'alaikum WBT~
1 comment:
Sekarang dah ada Mashaf Al Quran kulit merah jambu. Memang nampaknya agak memikat para muslimah. Sekali pandang macam diari. ;)
Post a Comment