Sebenarnya, kami belum pernah bersua muka. Namun, ukhuwah yang terjalin tetap segar. Gurau dan senda kami sentiasa terjaga. Nasihat dan pendapat juga saling bertukar. Boleh dikatakan sepanjang Aidil Adha ini kami banyak bertegur sapa di yahoo messanger.
Gambar sekadar hiasan
Ringkas menawan, tetapi tidak tabarruj.
Setiap wanita mengimpikan perkahwinan sekali seumur hidup. Tapi saya yakin, hasrat ini belum tentu kekal di lubuk hati kaum lelaki. Dengan kuasa Allah, siapa yang tahu, mungkin rezeki sekali akan disusuli berkali-kali. Kita merancang, namun Dia jualah sebaik-baik penentu.
Berbalik pada perkara yang pertama kali. Semestinya semua mahukan segala-galanya berjalan dengan sempurna. Baik acara akad nikah sehingga majlis persandingan. Namun saya memandang acara persandingan bukan satu kewajipan atau keperluan. Adat kita sahaja yang mengkehendakkan begitu. Sekalipun nampak janggal tanpa acara ini, pasangan pengantin tetap dirahmati. 'Masjid' sudah sedia terbina tanpa cacat dan celanya. Itu yang kita cari, redha Ilahi.
Pada hari bahagia itu nanti, diharap konsep ringkas menawan menjauhi tabarruj. Larangan tabarruj ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” [Surah al-Ahzab : 33]
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
Gambar sekadar hiasan
Berandam yang berbentuk 'li tadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:
"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn).
Gambar sekadar hiasan
Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar. Tegahan itu sebenarnya untuk lelaki. Apa faedahnya jika lelaki mengenakan inai? Malah tegahan ini kerana hadis Imam Ahmad :
"Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan” [al-Musnad : 2984, dari Ibn Abbas, disahihkan oleh Ahmad Syakir]
Yusuf al-Qardhawi menyatakan ulama’ berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita. Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah mengapa (tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit cagu (kuku rosak).
Selain itu, aksesori juga adalah set-set tambahan untuk menambahkan seri pengantin. Misalnya memakai cincin ada caranya. Sebaik-baik pakailah dengan niat untuk mengikut sunah dan bukan sekadar mahu berfesyen sahaja. Pengantin lelaki juga boleh mengenakan pemakaian cincin. Tetapi mengikut ketetapan syarak. Rasulullah pernah berpesan pada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra:
"Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Lut."
Gambar sekadar hiasan
Hari perkahwinan adalah detik bersejarah bagi kebanyakan orang. Justeru antara yang begitu dititikberatkan adalah busana yang sesuai dengan keperibadian. Bagi kalangan muslimah seperti kak Nik, usah peningkan kepala. Sekarang sudah banyak sekali busana pengantin yang menepati ciri-ciri anggun, sopan dan tatasusila.
Malah pereka busana pengantin kini semakin prihatin dengan keperluan wanita bertudung. Pada pandangan saya, pemilihan tudung tidak perlulah terlalu sarat. Cukuplah nampak kemas dan memberi keselesaan sepanjang hari. Pengenaan sarung tangan dan kaki juga adalah sangat penting. Bagi menambahkan seri pengantin muslimah yang sejati.
Cukuplah setakat ini. Semoga entry kali ini tidak menghampakan janjiku pada kak Nik. Buat pembaca yang mempunyai idea mahupun ilmu pengetahuan lain, dialu-alukan untuk berkongsi di sini. Sebarang kesalahan tulisan saya juga harap diperbetulkan demi survival Islam~
1 comment:
Firman Allah:
ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Tafsirnya: Dan Janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti tabarrujnya wanita2 jahaliyah yg terdahulu.(33: Al-Ahzab)
Perkara2 yg dianggap tabarruj adalah seperti berikut:
1. Menunjukkan aurat.
Firman Allah:
Tafsirnya: Dan wanita2 itu tidak menunjukkan auratnya melainkan kepada suaminya....(31: Nur)
kaki dan lengan tangan perlu dipelihara oleh wanita drpda dilihat lelaki yg bukan mahram. Banyak wanita yg tak jaga waktu dia mengangkat tangannya sehingga terlihat lengannya. begitu juga kaki wanita wajib menutupnya dgn stokin dan lainnya.
2. Memakai pakaian atau perhiasan yg menarik perhatian lelaki.
Firman Allah:
Tafsirnya: Dan Janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yg tersembunyi.(Nur: 31)
Oleh kerana itu janganlah pakai pakaian fashion yg lebih2 dan lain drpada yg lain. atau yg bermekap yg lebih dan perhiasan yg melampau.Ada juga yg pakai jubah tapi fashion yg berlebih2an seperti terbelah lah sebagainya..lebih baik dia memakai tshirt lengan panjang dan seluar track yg panjang smabil pakai tudung dan stokin...Apa pun pakai jubah yg biasa di samping baju kurung didalam adalah yg terbaik..
3. Cara bermuamalah yg lembut yg dibuat2 dan menggoda.
Firman Allah:
Tafsirnya: Maka janganlah kamu hai wanita melunakkan suara yg menyebabkan lelaki yg rosak hatinya akan tergoda.(32: Ahzab)
4. Berpakaian sempit dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
Anas bin Malik berkata: Saidina Umar r.a melarang wanita memakai pakaian qubati kerana ianya menampakakan susuk tubuh.
5.Memakai pakaian sperti lelaki
Nabi s.a.w bersabda:
"Allah melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki."(HR Bukhari)
6. Melakukan perhiasan yg diharamkan sperti tatu, menipis atau mencukur kening.
Sabda Nabi:
"Allah melaknat wanita yg membuat tatu, menipiskan kening, merenggangkan gigi untuk kecantikan."(HR Muslim)
Wanita hendaklah waspada dan menjauhi perkara2 diatas kerana boleh menyebabkan menjadi ahli neraka dan tidak cium bau syurga sperti hadis dibawah:
Maksudnya: Dua golongan drpada ummatku daripada ahli neraka: (salah satunya) Perempuan yg berpakaian tetapi seperti telanjang, terpesong dari perintah Allah, berjalan yg menarik perhatian org lelaki dan rambut difashion2kan dgn pelbegai bentuk dan didedahkan; mereka itu tidak dapat mencium bau syurga, sekalipun bau syurga boleh dihidu dlm jarak yg jauh (500 thn perjalanan).(HR Muslim)
Rujukan: Nazru wal Aurah
Post a Comment